Manfaat Kelas Maya
MANFAAT KELAS MAYA
-Di dalam pelaksanaan ‘Virtual Classroom’ terdapat
berbagai manfaat yang diperoleh oleh para pelajar.
Pembelajaran yang berasaskan IT mendorong pelajar
untuk meningkatkan pengetahuan dan prestasi mereka
di dalam penggunaan teknologi yang terkini bagi
mencapai matlamat mereka. Selain menambah ilmu
mereka juga dapat menaik taraf penggunaan media di
dalam kehidupan seharian mereka.

-Selain dari itu, mode pelaksanaan kelas maya ini
memerlukan pelajar untuk berinteraksi dan memberikan
pendapat di dalam forum yang telah disediakan. Melalui
forum ini pelajar akan mendapat maklumbalas dan
seterusnya memberi respon yang sewajarnya bagi
sesuatu topik yang dibincangkan. Melalui kaedah ini,
pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku
dengan berkesan. Melalui interaktiviti juga seseorang
pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk
memenuhi keperluan ingin tahunya dan membina
pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan
kefahaman. Secara tidak langsung ia dapat menjadikan
pelajar sebagai seorang yang berdikari dan peka
terhadap pembelajaran yang dialaminya.

Komentar
Posting Komentar